Wednesday, September 30, 2009

Aidil Fitri 2009

Alhamdulillah, dah selamat pun kita menyambut Syawal tahun ini.

Giliran hari pertama di Batu Pahat memang amat menyeronokkan. Apa tidaknya, bukan senang nak berkumpul sekeluarga apabila semua adik beradik tinggal berjauhan selepas berkahwin. Sebab itu lah kami sepakat bergilir raya pertama. Kalau tahun ini kami menyambutnya di Batu Pahat, tahun depan kami menyambutnya di rumah mertua masing-masing. Walaupun begitu kami akan tetap pulang juga ke Batu Pahat pada raya kedua atau ketiga dan membuat perancagan agar dapat satu hari semuanya ada di rumah Mak dan Abah.

Nasib baik jugalah abang ipar orang Batu Pahat. Apabila kami menyambut Syawal pertama di rumah mertua, kakak sulung kami Kak Huda akan memasak di rumah Mak dan Abah. Bila giliran Syawal pertama di rumah Mak dan Abah, kami pula yang masak manakala Kak Huda memasak di rumah mertuanya dan akan kembali ke rumah Mak dan Abah sebelum berbuka puasa.

Harapan kami bila semua berkumpul, dapatlah menghibur hati Mak Tok dan Tok Abah dengan keriuhan anak dan cucu-cucu walaupun untuk beberapa hari rumah tonggak tebalik juga jadinya. Living room penuh dengan kertas-kertas lukisan cucu-cucu juga dengan serakan buku-buku, pensil warna dan majalah. Riuh rendah suara cucu-cucu, sekejap terkekek-kekek ketawa, sekejap menjerit-jerit(emak-emaknya lah), sekejap menangis bergaduh, mengadu domba. Tidak sampai 10 minit dah berkawan semula. Siapa yang pulang awal dapatlah menempah bilik, siapa sampai lewat, emm.. tidur aje lah di mana-mana. Kita pun tak kisahlah, janji semua ada. Begitulah suasana hari raya di Batu Pahat, memang dinanti-nanti oleh anak-anak kami. Almaklumlah masih bersuasana kampung lagi kan.

Tahun ini raya kami bertema hijau. Dapatlah juga sedondon kain dengan anak dara kecik kita sorang tu. Comel aje dia. Selalunya kalau dengan anak-anak bujang dapat sedondon warna saja. Jangan tak tahu, kita beli kain siap berbatu-batu. Punya lah dahsyat. Akhirnya jenuh Mak Pah kita nak menjahitnya. Kesian dia. Ok-lah tahun depan cari kain yang biasa-biasa saja.




Perihal makan, tercapailah hajat Tok Abah menjamu anak cucu makan ayam kampung peliharaannya. 6 ekor tu. Nasib lah kaum bapa paksa rela dikerah mengerjakan bulu ayam. Raziq dan Hannan pun ikut menolong sekali. Pengalaman untuk mereka. Maka ayam tadi kita dan Noora masakkan Ayam Kicap dan selebihnya kami perap buat Ayam Panggang.Mak Tok pula menjamu dengan Lepat Pulut Kacang dan Ketupat Pulut.. aii.. sedapnya bila makan diciciah dengan serunding.


Cerita pasal Ketupat Pulut ni, teringat kita kisah lucu pada hari kami nak pulang ke KL. Mak nak bekalkan kami dengan Ketupat Pulut. Bila nak merebus Mak masukkan ketupat dan santan ke dalam rice cooker besar kami. Kemudian Mak tanya kat mana wayar rice cooker tu. Jenuhlah kami mencari merata dapur. Akhirnya adik ipar, Masri cadang guna gas saja lah. Mak pun kata okaylah, benda-benda ni lagi di cari lagi lah dia sembunyi. Sedang elok Masri menuang santan dari rice cooker ke dalam kuali besar, melingkar satu benda hitam di dasar periuk rice cooker! He he, kat situ rupa-rupanya wayar rice cooker tu bersembunyi. Adui, semuanya ketawa besar aje lah. Alhamdulillah ketupat pulut pun menjadi dan dah habis pun kami makan berbekal serunding Mak Entan.

Begitulah adanya. Alhamdulillah, Aidilfitri tahun ini sungguh menggembirakan kita. Semoga dipanjangkan umur kita semua dan dimurahkan rezeki dan dapat berjumpa lagi Aidilfitri di tahun hadapan.. Insya-Allah.

Friday, July 24, 2009

Abang

We were having homemade dinner last night, which I must say is a very rare occasion in our household. As usual, dinner time is when we catch up with our day's activities. I was asking Roy if he would like another hotdog (oh yes, that was dinner) when the ever inquisitive Rafiq asked me, "Mama, kenapa Mama panggil Ayah, 'Abang'? Mama ni adik Ayah ke?"

Mind you, this is not the first time I have to answer to this particular question from him. Trying to be a bit witty, this time I said, "Rafiq, Mama bukan adik Ayah, tetapi Mama panggil Ayah 'Abang' sebab... Ayah sebenarnya sentiasa lebih tua dari Mama!" Ha! Ha! Ha!

We all had a good laugh that night, not from Roy of course. Well, I am sorry dear, you will always be my "Abang" even though you are 11 months and 11 days younger then me.

Happy 35th Birthday! At least for now, we are of the same age!

Friday, May 29, 2009

Exam Fever - Final Part

Hari ini hari Jummat, bermakna selesai lah sudah minggu perperiksaan. Kepada para "Domestic Director", iaini para Ibu sepenuh masa, Mama ucapkan "Good luck ladies!".

Bukan apa, dua minggu cuti ni anak-anak semua berada di rumah. Aduh.. tentu tak menang tangan nak melayan kerenah anak-anak sepenuh masa. Kalau Ibu yang ada pembantu, bagus lah. Ringan sedikit. Untuk Ibu-ibu yang berkerja di pejabat dan tiada pembantu, seperti Mama ini, aaa.. tak ada beza sebenarnya kerana anak-anak dihantar ke nursery. Anak-anak lah yang pulak merasa penat. Penat menunggu dan boring duduk di nursery! Tentu saja sekejap-sekejap akan menalipon Ibu di pejabat bertanya bila nak pulang..

Begitu lah Raziq dan Rafiq nanti bermula hari Isnin ini. Mama pula tak dapat bercuti kerana project di pejabat baru sahaja bermula. Kesian anak-anak Mama. Dah boleh terbayang muka monyok Raziq dan cebikan bibir Rafiq. Hemm.. nantilah, akan Mama usahakan cuti di minggu kedua dan bawa berjalan-jalan sekitar KL. Jadilah tu kan...

Sepanjang minggu perperiksaan ini, memang Mama tak benarkan Raziq dan Rafiq menonton TV atau bermain PS2 (tiada PSP, Mama tak mampu dan rasanya tak perlu.. :-). Malam kelmarin sewaktu Mama menemani Raziq dan Rafiq membuat ulangkaji Matematik, Raziq berkata, "Ma!Ma! Mama ni tak aci lah!". "Ehh.. kenapa pulak Mama tak aci ni?", Mama minta kepastian sambil tangan mengenjut buaian Ellysha. Mengomel-ngomel pulak Ellysha di dalam buaian, belum mahu tidur lagi agaknya.

Raziq berhenti menulis dan berkata "Yelah, Mama boleh tengok TV. Raziq tak boleh!" Mama tersengih saja mendengar pendapat Raziq. "Ha-ah! Tak aci lah. Mama boleh! Kita tak boleh pun.". Dah! Rafiq pula mengiyakan kata abangnya. " Ehhh..mana ada! Mama pun tak tengok TV. Tengok, ini kan Mama belajar sama-sama Raziq dan Rafiq", kata Mama cuba membela diri. Raziq kemudian terus ketawa besar dan berkata "Alahh..Mama tipu, Raziq tahu malam-malam Mama tengok TV. Raziq dengar bunyi TV dari bilik Mama."

Hemm..terkena pula Mama! "Iyalah tu! Ah, sudah, Cepat habiskan ulangkaji. Ni dah pukul 9.30(malam). Sekejap lagi Ayah naik, tengok kamu tak tidur lagi, Mama pulak yang kena marah." kata Mama menutup cerita malam itu.

Jadi Mama rasa Mama tau apa ayat pertama Raziq sebaik sahaja Mama sampai di nursery petang ini . Tentu sekali, "Mama, Raziq nak tengok TV! Eh bukan.... Raziq nak main PS2!!!!!!!!!!".

Hemm...iyalah.

Tuesday, May 26, 2009

Exam Fever - Part 2

Minggu perperiksaan sudah pun bermula semenjak hari Isnin. Yang peritnya exam sekolah pagi dan sekolah agama petang adalah dalam minggu yang sama. Berbeza dengan tahun lepas, tahun ini Mama harus supervise kedua-dua Raziq dan Rafiq. Aduhh! Pening dan penat betul Mama.

Apa tidaknya, Mama mesti duduk mengulangkaji bersama-sama Rafiq kerana Rafiq masih belum lancar membaca untuk membuat ulangkaji sendiri. Raziq pula sentiasa mencari alasan untuk "berehat dahulu" sementara menunggu gilirannya mengulangkaji mata pelajaran sekolah agama bersama Mama. Hemm.. tau sajalah Raziq, full of tricks! Tentu kesudahannya Raziq akan dimarahi Mama.


Itu tidak termasuk pula apabila si kecil Ellysha pun hendak "belajar" bersama-sama dengan abang-abangnya. Pantang nampak buku, habis dikerjakan. Maka menjerit-jeritlah si abang-abang dan mula lah mereka berlari-lari kesana-sini untuk mengelak dari Ellysha. Macamlah Ellysha sudah boleh berlari mengejar mereka. Alasan!


Sebenarnya pemahaman Jawi Raziq agak lemah, maka sebab itulah Mama kena turut sama belajar bersama-sama Raziq untuk mengulangkaji mata pelajaran sekolah agama. Nasib baik juga pemahaman Jawi Mama boleh tahan bagusnya. Kalau setakat baca tu, lancar!


Teringat dulu sewaktu di zaman sekolah rendah, Tok Abah melanggan Berita Melayu, akhbar Melayu bercetak Jawi. Selalunya Tok Abah akan memilih sebuah rencana panjang dan Mama diarah membacanya sehingga habis. Seperti kebiasaanya, Tok Abah akan tertidur sebelum sempat Mama habis membaca. Jangan fikir Mama boleh berhenti, Tok Abah pasti akan terjaga sebaik saja Mama berhenti! Jadi untuk elak diri dari dimarahi, Mama teruskan juga membaca walau lintang pukang sebutannya. Emm.. 'skip' perkataan yang susah-susah itu tentulah ada!


Kini giliran Raziq dan Rafiq pula melalui zaman pembelajaran di sekolah. Sudah tentu Mama akan membantu sedaya Mama, selebihnya kenalah dari datang dari usaha Raziq dan Rafiq sendiri.


Masih ada 2 hari exam jadi Mama doakan semoga anak-anak Mama diterangkan hati untuk menjawab exam, Insya-Allah. Good luck my boys! Mama loves you always.

Wednesday, May 20, 2009

Exam Fever - Part 1

Mid year exam is just around the corner but why are mothers feeling panic the most?

Mama: "Raziq, finish your maths exercises from Page 1 to 11." I scribbled "10/5/09 Page 1-11" on the fist page of the exercise book. It was just simple 3 digit addition and 3 digit subtraction.

Raziq: "Ahhh..Mama. Why so many?" "Tak Aci! Tak Aci! Rafiq tak kena buat pun.", whining.

Mama: "Buat aje lah. Rafiq pun kena buat exercise juga nanti."

An hour or so later, I heard him playing Call of Duty on his PS2.

Mama: "Raziq! Dah siap ke belum?"
Raziq: "Dahhhhh.."

Ayah granted him permission as he has finished his exercises.

I checked Raziq’s book. Seems like he has finished to Page 10. Page 10? I skimmed back to the first page to check what I wrote. It stated "Page 1 - 10"! Eraser marks clearly visible on the number 1 and replaced with a “0”.

Mama: "Raziqqqqq!!!!"

Boy! Oh Boy! Wasn't he in a big trouble that day...

Thursday, May 7, 2009

Kenapa lelaki mesti ada tiga isteri ..

Sedang Raziq bersarapan pagi, tiba-tiba dia bersuara, "Mama, Mama.. Mama tau tak kenapa lelaki mesti ada tiga isteri.". "Haa! Pandailah kamu! Siapa kata lelaki mesti ada tiga isteri ni?", dengan cepat Mama memintas kata-katanya. Naluri perempuan Mama amat "defensive" dengan pernyataan sebegini.

"Isyh Mama ni, dengar lah dulu. Ini cerita lawak lah!", Raziq cuba menenangkan Mama. "Oh, ye ke? Ok! Tell me.", Mama kembali releks sambil tangan cepat melipat baju dan seluar untuk di masukkan ke dalam beg nursery mereka nanti. "Macam ni...", beriya-iya betul Raziq sampai roti yang sedang disua ke dalam mulut diletakkan balik di atas pinggan.


" Satu is one .. kan?" katanya. "Dua is two kan?" sambungnya lagi. Dalam hati Mama tertanya-tanya apa bendalah juga yang lawaknya cerita ni. Tapi anak sedang bercerita, Mama kenalah dengar juga. "Ok, satu is one dan dua is two.", ulang Raziq semula. Kemudian terus dia diam menyambung kembali makan roti.


Isyh Raziq ni, tak kan tu je kot. "Ok, yes. Satu is one and dua is two. Sooo...?", Mama pulak yang tak tahan nak tau. Raziq memalingkan muka kembali ke arah Mama sambil berkata, "Sooooooooo, tiga is three lah!", dengan excited sekali.

" Haa?? Apa? Memanglah tiga is three. Apa ni, Mama tak faham lah Raziq", berkerut-kerut kening Mama memikirkan apa dekat mana lawaknya "tiga is three".

Raziq terus-terus saja gelak-gelakkan Mama. Rafiq pulak buat dek aje. Menjadi pendengar setia sambil menghabiskan rotinya yang disapu jem blueberry, setinggi dua tingkat (keping roti).


"Ginilah Mama, tiga... is-te-ri (is three)!!", kata Razia, terdekah-dekah lagi dia ketawa. "Ohh! Laah! Patutlah kena ada tiga is-te-ri, ya? Pandainya..", Mama pun ketawa berdekah-dekah juga. Barulah Mama dapat tangkap joke-nya. Pandai sugguh Raziq mengawal jalan cerita. Rafiq juga turut sama ketawa, tak pasti lah sama ada dia faham ke tidak lawak tadi tu.


"Ha..yelah, yelah, cepat abiskan sarapan, nanti lambat pergi sekolah.", Mama tutup cerita, bangun dari sofa menuju ke dapur untuk buatkan Ayah satu mug nescafe panas. Di dapur, Mama dengar Raziq masih lagi ketawa kecik-kecil. Seronok betul dia dapat mengenakan Mama di pagi itu.

Tuesday, May 5, 2009

Sulung

Alhamdulillah, anak sulung kami Raziq Azrie sekarang sudah berusia 9 tahun. Orangnya berkulit sowo matang (dark brown), berhidung mancung dan tampan (Mama jek habis ni nampaknya). Nama panggillannya Raziq sahaja.

Tetapi kalau Mama yang memanggil, kenalah ikut kesesuaian waktu dan masa.

1. Raziqqqqq (berlagu): Apabila Mama nak minta tolong sewaktu Raziq sedang bermain di luar rumah.

2. Raziq-ko-chan: Apabila Mama tengah 'over' mengikuti drama Jepun lakunan Takuya Kimura.

3. Cadet/Sargent/Kapten Raziq : Apabila Mama nak minta tolong sewaktu Raziq sedang bermain Playstation game Sniper Elite atau Call of Duty: World at War

4. Raziq Azrie bin Rohaimann Jaafar!! : Kalau dah dipanggil sebegini, sendiri ingat lah. Mama dah naik angin tu!

Raziq pemegang gelaran "Abang" dan juga membahasakan dirinya sebegitu kepada adik-adiknya. Sama ada dia sudah sedar akan tanggung-jawabnya sebagai seorang abang sulung itu rasanya masih samar-samar lagi.

Sebagai cucu lelaki sulung dalam kedua-dua keluarga Ayah dan Mama, Raziq memang menjadi cucu kesayangan. Alhamdulillah Raziq memang rapat dengan Mak Tuk, Tuk Abah dan Wan. Hampir setiap kali cuti sekolah Raziq dipinjam ke Mak Tuk dan Tuk Abah balik ke Batu Pahat. Wan pula berada di KL, jadi memang selalu berjumpa di kala hujung minggu. Mama rasa Raziq cukup bertuah kerana kenangan bersama-sama mereka akan sentiasa Raziq ingati dan hargai ketika Raziq dewasa kelak.

Akhir bulan Mei ini, perperiksaan pertengahan tahun akan bermula. Maka akan bermula lah kembali episod Mama men'drill' Raziq sebagai pengukuhan pemahaman untul persediaan perperiksaan. Kita tunggu nanti bagaimana iyanya akan terungkai. Sudah tentunya akan penuh dengan emosi!

Mama doakan semoga Raziq mendapat keputusan yg cemerlang, Insya-Allah.

Monday, May 4, 2009

Pertama

Entah kenapa sejak dua menjak ni terfikir pulak nak tulis blog balik. Dulu kita pernah ada blog masa tengah zaman hype-nya sekitar tahun 2004. Rajin juga lah menulis tapi apabila kerja sudah melebihi segala, juga dengan kehidupan harian yang amat haru biru, berabuk (dormant dalam kata mayanya) sahaja lah blog itu. Tahun lepas ingat nak revive balik tapi akhirnya rasa malas pulak melebihi segala dan terus di delete sahaja blog tersebut . he he he

Untuk kali ni kita juga akan menulis perihal kehidupan bersama anak-anak dan keluarga. Terutamanya dengan anak2 kerana walau mereka masih kecil, jangan terkejut dengan pandangan dan pendapat mereka. Mungkin kerana ibu bapa sekarang lebih terbuka, memberi mereka peluang untuk menyuarakan isi hati dan pendapat. Ya lah, zaman sekarang amat berbeza dengan zaman kita membesar dulu. Kenalah kita ibu bapa pandai mencari jalan untuk membimbing mereka, Insya-Allah.

Semoga tulisan-tulisan di blog ini dapat disimpan sebagai kenangan pe'al (perangai) mereka sekarang dan dapat menghiburkan hati apabila mereka membacanya di kala mereka dewasa kelak.

Itu lah dulu untuk post yg pertama!