Monday, May 4, 2009

Pertama

Entah kenapa sejak dua menjak ni terfikir pulak nak tulis blog balik. Dulu kita pernah ada blog masa tengah zaman hype-nya sekitar tahun 2004. Rajin juga lah menulis tapi apabila kerja sudah melebihi segala, juga dengan kehidupan harian yang amat haru biru, berabuk (dormant dalam kata mayanya) sahaja lah blog itu. Tahun lepas ingat nak revive balik tapi akhirnya rasa malas pulak melebihi segala dan terus di delete sahaja blog tersebut . he he he

Untuk kali ni kita juga akan menulis perihal kehidupan bersama anak-anak dan keluarga. Terutamanya dengan anak2 kerana walau mereka masih kecil, jangan terkejut dengan pandangan dan pendapat mereka. Mungkin kerana ibu bapa sekarang lebih terbuka, memberi mereka peluang untuk menyuarakan isi hati dan pendapat. Ya lah, zaman sekarang amat berbeza dengan zaman kita membesar dulu. Kenalah kita ibu bapa pandai mencari jalan untuk membimbing mereka, Insya-Allah.

Semoga tulisan-tulisan di blog ini dapat disimpan sebagai kenangan pe'al (perangai) mereka sekarang dan dapat menghiburkan hati apabila mereka membacanya di kala mereka dewasa kelak.

Itu lah dulu untuk post yg pertama!

1 comment:

Huda Ahsin said...

Yes! Fiz is back! Kena ngakulah dolu2 mmg sempat sekali dua aje baca blog Fiz sebab : 1. masih dlm zaman tok kadok, takde broadband cuma guna dial-up yg boleh tidur dulu sementara nak dpt connection dan sambung balik tidur bila sangkut 2. You didn't tell me about the fotopages you had! eeeeiii... tahan ler aku baca org lain punya blog!
It's great you're blogging again. Lots of love...