Tuesday, May 5, 2009

Sulung

Alhamdulillah, anak sulung kami Raziq Azrie sekarang sudah berusia 9 tahun. Orangnya berkulit sowo matang (dark brown), berhidung mancung dan tampan (Mama jek habis ni nampaknya). Nama panggillannya Raziq sahaja.

Tetapi kalau Mama yang memanggil, kenalah ikut kesesuaian waktu dan masa.

1. Raziqqqqq (berlagu): Apabila Mama nak minta tolong sewaktu Raziq sedang bermain di luar rumah.

2. Raziq-ko-chan: Apabila Mama tengah 'over' mengikuti drama Jepun lakunan Takuya Kimura.

3. Cadet/Sargent/Kapten Raziq : Apabila Mama nak minta tolong sewaktu Raziq sedang bermain Playstation game Sniper Elite atau Call of Duty: World at War

4. Raziq Azrie bin Rohaimann Jaafar!! : Kalau dah dipanggil sebegini, sendiri ingat lah. Mama dah naik angin tu!

Raziq pemegang gelaran "Abang" dan juga membahasakan dirinya sebegitu kepada adik-adiknya. Sama ada dia sudah sedar akan tanggung-jawabnya sebagai seorang abang sulung itu rasanya masih samar-samar lagi.

Sebagai cucu lelaki sulung dalam kedua-dua keluarga Ayah dan Mama, Raziq memang menjadi cucu kesayangan. Alhamdulillah Raziq memang rapat dengan Mak Tuk, Tuk Abah dan Wan. Hampir setiap kali cuti sekolah Raziq dipinjam ke Mak Tuk dan Tuk Abah balik ke Batu Pahat. Wan pula berada di KL, jadi memang selalu berjumpa di kala hujung minggu. Mama rasa Raziq cukup bertuah kerana kenangan bersama-sama mereka akan sentiasa Raziq ingati dan hargai ketika Raziq dewasa kelak.

Akhir bulan Mei ini, perperiksaan pertengahan tahun akan bermula. Maka akan bermula lah kembali episod Mama men'drill' Raziq sebagai pengukuhan pemahaman untul persediaan perperiksaan. Kita tunggu nanti bagaimana iyanya akan terungkai. Sudah tentunya akan penuh dengan emosi!

Mama doakan semoga Raziq mendapat keputusan yg cemerlang, Insya-Allah.

No comments: