Minggu perperiksaan sudah pun bermula semenjak hari Isnin. Yang peritnya exam sekolah pagi dan sekolah agama petang adalah dalam minggu yang sama. Berbeza dengan tahun lepas, tahun ini Mama harus supervise kedua-dua Raziq dan Rafiq. Aduhh! Pening dan penat betul Mama.
Apa tidaknya, Mama mesti duduk mengulangkaji bersama-sama Rafiq kerana Rafiq masih belum lancar membaca untuk membuat ulangkaji sendiri. Raziq pula sentiasa mencari alasan untuk "berehat dahulu" sementara menunggu gilirannya mengulangkaji mata pelajaran sekolah agama bersama Mama. Hemm.. tau sajalah Raziq, full of tricks! Tentu kesudahannya Raziq akan dimarahi Mama.
Itu tidak termasuk pula apabila si kecil Ellysha pun hendak "belajar" bersama-sama dengan abang-abangnya. Pantang nampak buku, habis dikerjakan. Maka menjerit-jeritlah si abang-abang dan mula lah mereka berlari-lari kesana-sini untuk mengelak dari Ellysha. Macamlah Ellysha sudah boleh berlari mengejar mereka. Alasan!
Sebenarnya pemahaman Jawi Raziq agak lemah, maka sebab itulah Mama kena turut sama belajar bersama-sama Raziq untuk mengulangkaji mata pelajaran sekolah agama. Nasib baik juga pemahaman Jawi Mama boleh tahan bagusnya. Kalau setakat baca tu, lancar!
Teringat dulu sewaktu di zaman sekolah rendah, Tok Abah melanggan Berita Melayu, akhbar Melayu bercetak Jawi. Selalunya Tok Abah akan memilih sebuah rencana panjang dan Mama diarah membacanya sehingga habis. Seperti kebiasaanya, Tok Abah akan tertidur sebelum sempat Mama habis membaca. Jangan fikir Mama boleh berhenti, Tok Abah pasti akan terjaga sebaik saja Mama berhenti! Jadi untuk elak diri dari dimarahi, Mama teruskan juga membaca walau lintang pukang sebutannya. Emm.. 'skip' perkataan yang susah-susah itu tentulah ada!
Kini giliran Raziq dan Rafiq pula melalui zaman pembelajaran di sekolah. Sudah tentu Mama akan membantu sedaya Mama, selebihnya kenalah dari datang dari usaha Raziq dan Rafiq sendiri.
Masih ada 2 hari exam jadi Mama doakan semoga anak-anak Mama diterangkan hati untuk menjawab exam, Insya-Allah. Good luck my boys! Mama loves you always.
No comments:
Post a Comment