Friday, May 29, 2009

Exam Fever - Final Part

Hari ini hari Jummat, bermakna selesai lah sudah minggu perperiksaan. Kepada para "Domestic Director", iaini para Ibu sepenuh masa, Mama ucapkan "Good luck ladies!".

Bukan apa, dua minggu cuti ni anak-anak semua berada di rumah. Aduh.. tentu tak menang tangan nak melayan kerenah anak-anak sepenuh masa. Kalau Ibu yang ada pembantu, bagus lah. Ringan sedikit. Untuk Ibu-ibu yang berkerja di pejabat dan tiada pembantu, seperti Mama ini, aaa.. tak ada beza sebenarnya kerana anak-anak dihantar ke nursery. Anak-anak lah yang pulak merasa penat. Penat menunggu dan boring duduk di nursery! Tentu saja sekejap-sekejap akan menalipon Ibu di pejabat bertanya bila nak pulang..

Begitu lah Raziq dan Rafiq nanti bermula hari Isnin ini. Mama pula tak dapat bercuti kerana project di pejabat baru sahaja bermula. Kesian anak-anak Mama. Dah boleh terbayang muka monyok Raziq dan cebikan bibir Rafiq. Hemm.. nantilah, akan Mama usahakan cuti di minggu kedua dan bawa berjalan-jalan sekitar KL. Jadilah tu kan...

Sepanjang minggu perperiksaan ini, memang Mama tak benarkan Raziq dan Rafiq menonton TV atau bermain PS2 (tiada PSP, Mama tak mampu dan rasanya tak perlu.. :-). Malam kelmarin sewaktu Mama menemani Raziq dan Rafiq membuat ulangkaji Matematik, Raziq berkata, "Ma!Ma! Mama ni tak aci lah!". "Ehh.. kenapa pulak Mama tak aci ni?", Mama minta kepastian sambil tangan mengenjut buaian Ellysha. Mengomel-ngomel pulak Ellysha di dalam buaian, belum mahu tidur lagi agaknya.

Raziq berhenti menulis dan berkata "Yelah, Mama boleh tengok TV. Raziq tak boleh!" Mama tersengih saja mendengar pendapat Raziq. "Ha-ah! Tak aci lah. Mama boleh! Kita tak boleh pun.". Dah! Rafiq pula mengiyakan kata abangnya. " Ehhh..mana ada! Mama pun tak tengok TV. Tengok, ini kan Mama belajar sama-sama Raziq dan Rafiq", kata Mama cuba membela diri. Raziq kemudian terus ketawa besar dan berkata "Alahh..Mama tipu, Raziq tahu malam-malam Mama tengok TV. Raziq dengar bunyi TV dari bilik Mama."

Hemm..terkena pula Mama! "Iyalah tu! Ah, sudah, Cepat habiskan ulangkaji. Ni dah pukul 9.30(malam). Sekejap lagi Ayah naik, tengok kamu tak tidur lagi, Mama pulak yang kena marah." kata Mama menutup cerita malam itu.

Jadi Mama rasa Mama tau apa ayat pertama Raziq sebaik sahaja Mama sampai di nursery petang ini . Tentu sekali, "Mama, Raziq nak tengok TV! Eh bukan.... Raziq nak main PS2!!!!!!!!!!".

Hemm...iyalah.

No comments: