Alhamdulillah, sudah selamat kita menyambut Syawal pertama. Hari ini dan masuk syawal ke-6. Cepat aje kan. Selamat lah jugak kita masak ketupat segera, ayam masak sambal, ayam masak kicap berlada, rendang daging, kuah lodeh dan sambal kacang buat santapan hari raya pertama. Ha-kau.. over tak over tu. Tidur pukul 3 pagi malam raya nak menyiapkan semua masakan. Alhamdulillah semua menjadi. Ada pula saki baki serunding yang Kak Huda buat minggu sebelumnya, kira complete lah hidangan pagi raya kami semua.
Oleh kerana tahun ini raya pertama di KL.. sebenarnya sambut di KD (Kota Damansara) memandangkan ibu mertua (MIL) lebih gemar menyambutnya di rumah kami dari di rumahnya di TTDI, maka adik ipar pun turut beraya sekali di KD. Kebetulan, adik kita Daus pun tak dapat pulang beraya ke BP, maka kita merangkap kakak yg tua (sementara kakak yang lebih tua tiada di Malaysia :-) ) menjemput mereka semua makan di rumah kita. Kalau tidak, tak meriahlah sambutan raya. Macam makan-makan biasa aje.
Kami pulang ke BP pada hari raya kedua. Seharian tengok di TV jem dia sana sini terutama lebuhraya menuju ke selatan, maka kami pun bertolak sebelum marghrib. MIL ikut sekali untuk beraya ke rumah abangnya di bandar BP. Kami sampai di rumah Mak dan Abah pagi raya ke-tiga dalam pukul 12 pagi. Oleh kerana dah lewat, MIL pun tidur di rumah Mak dan Abah sekali. Alhamdulillah sempat juga berjumpa sepupu kami yang datang dari Alor Setar merayakan Aidil Fitri bersama Mak dan Abah.
Raya ke-tiga kami menerima kunjungan saudara mara. Lepas satu group balik, satu lagi group sampai. Kadang-kadang dua group terus, berselisih. Kalau tak raya, manakan dapat berjumpa mereka semua pada masa yang sama, ye tak? MIL yang nak ke rumah abangnya terpaksa menunggu tetamu kami reda, sebab kami semua tak menang tangan melayan tetamu. Akhirnya pukul 6.30petang baru kami bertolak ke rumah Pak Long (pakcik Roy). Itu pun tetamu masih di rumah.
Raya ke-empat pun sama, pagi-pagi kita masakkan mee goreng oleh kerana Keluarga Pak Uda dari Kluang nak datang beraya. Alhamdulillah menjadi. Mana taknya, bahan-bahan cukup, udang, ayam dan daging bertetel semua ada. :-) Nasib baik banyak masaknya, sebab semasa keluarga Pak Uda baru nak makan, sampai pula saudara kami, anak-anak Arwah Mak Mah. Adalah dalam 20 orang semuanya. Ha..riuh rendah rumah. Selepas Zohor Abah ajak beraya ke Bagan rumah abangnya. Tapi terpaksa di tunda dahulu kerana ada saudara dari Tasik nak datang. Selepas mereka pulang, dalam pukul 3.30 petang kami pun keluar. Itu aje lah rumah yang kami pergi. Tak sempat nak beraya lebih jauh sebab malamnya kami dah nak balik ke KD pula. Mudah-mudahan tahun hadapan dapat la kami beraya sakan sebab semua akan berada di Batu Pahat, Insya-Allah.
Malam tu, selepas makan Tom Yam yang Abah belanja dan memunggah beberapa balang kuih raya untuk di bawa pulang :-), kami bertolak ke KD jam 9.45 malam. Kami lalu jalan ParitBesar-Parit Sulong-Bakri-Tangkak kerana jalannya kurang traffic light. Di Tangkak, kami singgah membeli 3 kilo Duku (favourite saya dan Ellysha), jambu air untuk si Raziq, duku-langsat untuk MIL, rempah segera mee rebus dan mee bandung, juga sepeket dodol gula melaka yang lembik(sedap!).
Sampai Kota Damansara pukul 2 pagi, sebelum tu, sempat pulak beli pulang McDonalds kat highway Subang-Damansara buat alas perut sebelum tidur. Lepas kemas-kemas apa yang patut dan melayan Ellysha menunggu dia tidur, jam dah pukul 4 pagi. Bila dia terlelap, saya pun lelap juga.
Pagi semalam hujan turun dengan lebatnya. Aduh.. nyenyak sungguh saya sambung tidur semula melayan penat badan dari sebelum raya. Bila bangun, dah jam 12.30 tengah hari. Maka saya panaskan saja lebihan masakan raya tempoh hari untuk makan tengah hari. He he he Nasib baik tak de siapa yang komplen.
Alhamdulillah, tercapai juga impian saya makan kuih makmor yang sedap, hadiah anak murid Mak. Rasanya hampir sama dengan kuih makmor arwah Nenek. Terima kasih Mak kerana memberi saya kesemua kuih makmor tu. Sedap, sedap. Orang di Seria, sila jilat tapak tangan lah ya..
1 comment:
fffffuuuhh!! penatnyaaaa.... membacanya aje dah semput dada... boleh tahan jugak orang datang beraya ek?
Syabas sebab berjaya mulakan tradisi baru kat KD... hehehe... keep up the good work!
Takpelah... ada rezeki, tahun depan dapatlah pulak kitaorg borong kekuihnya...
Post a Comment