Wednesday, June 2, 2010

Senyap dan kini berbunyi semula ..

Mak aii.. lama sungguh tak menjengah blog ni. Sekejap saja masa berlalu kan, dah setengah tahun 2010 pun. Apatah lagi bila duduk kat rumah, sekejap saja dah seminggu, sebulan, setengah tahun! :-0 Tapi apa-apa pun, Alhamdulillah kita masih berada adalah lindungan Allah S.W.T. Keluarga semua sihat dan gembira. Meskipun didugai dengan pelbagai dugaan, Insya-Allah, semoga kita dapat mengharunginya.. Aminn.

Minggu depan cuti sekolah akan bermula. Anak-anak bujang dah tak sabar nak balik kampung. Dua minggu lepas, kita kata, kalau Pak Busunya balik BP pada 5 Jun, bolehlah mereka balik sekali naik bas. Betul-betul mereka excited, belum sempat kita bertanya Pak Busunya, mereka dah canang kat Mak Tok dan Tok Abahnya. Selang beberapa hari, Tok Abah telipon Ayah, beritahu mereka nak datang ambik!! Hai..bertuah betul cucu-cucu Tok Abah dan Mak Tok ni. Semoga Tok Abah dan Mak Tok selamat dalam perjalanan pergi dan balik, Insya-Allah.

Juga diharapkan perjalanan Kak Huda dan family dari Seria untuk menghabiskan cuti sekolah di BP selamat. Tak sabar rasanya nak berkumpul ramai-ramai nanti di BP pada 12 Jun!


Alhamdulillah si kecil dalam gambar profile pun dah masuk 20 bulan hari ini. Aii.. dah banyak kerenah dah anak dara sorang ni. Lasak pun ya juga!

Ok lah sampai sini dulu. Until next time.